Saturday, March 20, 2010

Pertama Kali

  4 comments    


Pertama kali berniaga. Kelakar. Itu kot perkataan yang terlintas dalam fikiran aku. Kenapa kelakar? Pertama, sebab kami berani mengambil risiko iaitu menjual makanan yang tak berapa komersial di universiti kami. Sandwich. Yeke tak komersial? Yela weh....bukan ape, kebanyakan kelas start pukul 8 di mana sume orang rushing dan tak menoleh ke gerai kami sewaktu dalam perjalanan ke kelas.Lepas tu bila mereka kua dari klas, lunch break, mereka mesti mencarik NASI. Nasik la weh..nasi dan melayu memang tak boleh dipisahkan. Pakai contact lense biru pon nasi tetap dicari. Sandwich? Ape kes? Tu untuk breakfast jelah. Kate mereka. Kelakar kan kami?

Itu baru satu. Yang kedua kelakar ialah sewaktu kami buat promosi. Habis sume bangunan Universiti kami redah. Terbongkok-bongkok selitkan iklan bawah pintu lecturer. Sampai pintu toilet pon kami nak selitkan. Kelakar kan? Pastu muka macam tebal gak promote kat student rupa2nya tarikh meniaga tak tulis pon! Kelakar gak. Promote bukan takat kat lecturer n student je, kat staff pon. Pastu macam sedap sangat kot roti kami sampai lidi pon die nak makan. Okay..itu memang kelakar tahap pecah perut.

Lagi kelakar, masa hari berniaga..tugasan tibe2 macam terbalik. Laki2 masak, perempuan tukang promote. Tapi bagus gak. Baru taw laki2 ade talent gak (padahal goreng2 fries je pon).  Tu tak campur lagi dengan pelanggan2 yang bermacam2 karenah. Ade yang mengaku nenek kebayan, ade yang tibe2 complain x hengat dunia, come on..!!! Kelakar2

Kelakar lagi bila rupa2nya kami mengalami defisit dalam perniagaan. Hehe..rugi la kan...Tapi yang paling kelakar, walaupun rugi, kami tetap happy, gembira, seronok dan seangkatan dengannya. Ketawa memanjang. Padahal muka dah hangit @ sunburn @ hitam. Tak caye? Rujuk gambar di bawah :





Bergelak ketawa sehingga menarik perhatian kawan gerai sebelah




Masih membuat muka comel walaupun memegang parang




Bergotong-royong membersihkan pinggan mangkuk selepas habis berniaga




Muka macam untung juta2


4 comments:

  1. wah..tersgtlah hitam..bnciii!!haha
    best dpt knl dak course lain..merptkan silaturahim..(*_^)

    tp siyes penat wei..br 2ari je pon..ak xleh bygkan org da lme berniage..penat...T_T

    as a conclusion,ak nk jual sndwich lg wpon rugi pdhl we all amek profit 100%..come on!!haha

    ReplyDelete
  2. hahhaaha..knl dak course lain?sape tu?

    org lain berniaga pnt pon xpe sbb diorg untung.hehe

    haha..ko jual sorg2

    ReplyDelete
  3. ahahahahahhahahaha

    sgt2 lah klakar.

    bila nak berniaga lg..

    try jual nasi kerabu lak. :P

    ReplyDelete
  4. hehehe..nape?terasa mahu diserbu mcm kdai sebelah?hahahaha

    ReplyDelete

sila komen jangan segan-segan :)