Saturday, November 28, 2009

Apa tu?



Lepas maghrib, Milah ( nama sebenar, ape nak sorok2 ) menuju ke stadium yang berdekatan dengan rumahnya. Dekat sangat, kalau lalu jalan jauh dalam 5 minit, kalau short-cut, 2 minit pun tak sampai. Milah pergi ke stadium sebab kawan2nya ajak tengok mereka main futsal, Milah tak main sebab Milah kaki bangku. Sampai sahaja, match da start, Milah pun tengok je la..sambil tu Milah usha-usha budak2 lelaki yang ada paras dan rupa. Agak meriah jugak keadaan di mini stadium tu, ramai jugak yang datang jadi cheerleader, bersorak-sorak padahal game tu biase je..Ramai je yang kaki bangku macam aku~kata Milah dalam hati.


Sesudah perlawanan, kawan Milah, Mat ( name sebenar gak ) datang kat Milah. Mereka pun berbual-bual, macam2 la yang dibualkan tapi majoritinya mengumpatla..Hmm jangan ingat lelaki tak mengumpat, diorang mengumpat lagi dahsyat doh. Sedar tak sedar, da pukul 10 .30 malam..orang2 lain pun mula beransur pulang. Tapi si Milah dan si Mat ni tak nampak pun macam nak blah, nak kata lame tak jumpa, tak dela sangat, tapi kalau dah dua2 kaki borak..sampai subuh pun tak habis..

Lalu datanglah kawan2 mereka yang lain memberi teguran:

Nani : " Oi balik2, da malam da woi "

Milah dengan selambanya menjawab :

"Rilekslah wei..malam masih muda Nani .. kikiki "

Kemudian datang plak Razak :

Razak: " Oi balik..nanti kena tangkap basah baru tau.. "

Mat dengan sempoinya menjawab:

" Baguslah..dapat kawin free,..kah kah kah "

Kawan2 Mat dan Milah hanya boleh menggeleng-gelengkan kepala dengan perangai kepala batu diorang. Jadi mereka pun beredar pulang. Tinggallah si Milah dan Mat berdua di mini stadium itu. Memang berdua, tetapi di antara 2 kaum adam, terselit juga Iblis di antara mereka. Hmm..Mereka pun terus berborak-borak sambil ketawa berdekah2 ditemani cengkerik2 dan bunyi katak dan ditemani juga kegelapan malam.

Jam menunjukkan pukul 11 malam.. mereka masih lagi bergosip. Tiba-tiba Milah terlihat sesuatu di atas langit. Mata Milah yang rabun jauh itu melihat bagai kain putih sedang terbang perlahan-lahan terbuai-buai dibawa angin.

Orang kata kalau nampak apa-apa yang pelik malam-malam jangan ditegur, tapi mulut celupar Milah memang terbukti berkesan.

" Weh Mat, ape kat atas tu? Macam kain " kata Milah

" Eh ntah..aku tengok macam kertas je " jawab Mat naif.

Lalu mereka pun sama-sama melihat benda putih yang terbang perlahan itu. Mereka terdiam dan bagai terkesima. Masa bagaikan terhenti dan keadaan amat sunyi sekali.

Tiba-tiba badan Milah menggeletar, hingga gigi2nya turut berlaga. Suhu badannya bagaikan turun ke -50 celcius degree. Benda yang dilihatnya perlahan tadi kini turun laju dan kian jelas. Mata Milah macam nak tercabut apabila melihat benda yang disanngkanya kain putih itu ialah badan manusia berbaju putih tapi kepalanya tidak kelihatan!

Milah tidak berlengah lagi terus berlari meninggalkan tempat itu. Terus terlupa dia pada Mat. Milah cuba berlari laju tapi lututnya bagaikan longgar sekali. Matanya mula melimpahkan air mata. Dia berasa amat takut. Tiba-tiba, ada sesuatunya memintasnya dan tangannya direntap sesuatu. Waktu itu jantung Milah macam nak tercabut. Dia cuba menjerit tetapi suaranya tak boleh keluar. Rupa-rupanya Mat yang menarik tangannya menyuruh die berlari lagi laju. Tapi Milah macam kehabisan tenaga, rumah yang dekat dirasakan macam 10 kilometer.

Sesampai di rumah, MiLAh menangis semahu-mahunya. Dia berasa sangat takut sehingga mahu pecah jantungnya berdetak. Peluh mengalir tak henti2. Matanya terbayang-bayang kelibat Badan tanpa kepala itu terbang di udara. Milah cuba membaca ayat Kursi tapi kepalanya bagaikan kosong. Akhirnya Milah mengambil inisiatif untuk memegang Al-Quran sehingga ke pagi.

Moral of The Story : Jangan berdua-duaan di tengah malam wei! Kene cekup dengan pencegah maksiat baru tahu!!

Tuesday, November 24, 2009

Alpa.Lagha.Leka.


Masa mula- mula ada Friendster, hari-hari bukak..Nak tengok friend request, nak stalk pic kawan-kawan..pastu mule r buat gosip.. "Ea ko tau tak, si Minah tu dalam friendster tak pakai tudung, da free hair la weh! ". Lepas tu sebok anta comment cantik2 yang ade glitter2 tu..contohnye kat JellyMuffin, Zwani, dan macam-macam lagilah.. Pendek kate, memang seronok giler ah friendster mase tu!


Selepas itu, muncul pulak blogger. Mase mula-mula buat blog, hari2-hari kalu boleh nak update. Tulis satu perkataan pun kira update gak. Ade je nak alter, nak tambah itula..nak tambah inilah... Lepas tu follow blog orang yang kite suke, tak baca satu hari macam tak tenang ah. Dalam kelas lecturer ajar FIFO, kita sebok meng'comment' blog orang..Lecturer datang dekat, kita pun pura-pura bukak netbean, lepas tu ternganga balik bace blog orang..Lepas tu, pegi mana2 jangan lupa snap2 ya, nak masukkan dalam blog..hihi..Pendek kata, blog macam hangat giler ah masa tu!

Sekarang, Facebook @ MukaBuku pulak menjelma. Macam fenomena, sape takde macam ketinggalan ah. Yang tua-tua pun buat jugak nak carik kenalan lama, yang muda sket carik kawan2 sekolah rendah, yang muda berhingus nak buat jugak.. tak taulah nak carik kenalan baru mungkin. Seronok sangatlah facebook ni, boleh bagitau orang sekarang kita kat dalam jamban, boleh tag gambar orang, boleh jawab kuiz merepek, boleh tau APA LAKI KITE TENGAH BUAT, ade ramalan ahli nujum poyo dan macam2 lagilah!

Ya dan aku adalah salah seorang mangsa benda2 yang disebutkan itu.. mangsa ke? Kire manga lakot..sebab macam addicted je!

Antara benda alah yang menyeronokkan dan melekakan dalam facebook :

1) PET SOCIETY

Fun! Coimel sangat Rizqin Jr. aku ni. Dulu dia slalu kalah masa race lumba lari, sekarang pon same.. Dia suke makan cheese ( aku reka sendiri ). Dulu rumah die kosong macam padang jarak padang tekukur, sekarang die tengah renovate kitchen. Insyaallah kalau makin kaya die nak beli kedai Luxury tu, eh berangannye, die nak renovate bilik air pulak..Sekarang ni mandi tumpang bilik air orang saje. Die jugaksuka tanam pokok, tapi kadang2 die mengamuk tengok2 pokok da rotten, jual dapat rm1 je.



Hye saya Rizqin Jr. Saya juga suka main cosplay!


Ini pula kemenangan pertama Rizqin Jr. dalam lumba lari. Syabas anakku Rizqin!


2) FARMVILLE

Mula-mula aku tak amek port pon game ni. Macam boring je kena tanam2 pokok sebab dulu penah main game Plant Tycoon..huh hampir satu sem main masih lagi tak dapat kumpulkan 7 pokok ajaib itu.Tapi bile tengok kawan2 ligat main sampai menjadi muram bila tak sempat nak harvest. Curiousity menjadi-jadi sampai aku plak da terlebih-lebih main game ni. Sanggup bangun pukul 3 pagi sebab nak harvest.. memang aaddicted dan alpa lah!



Inilah farm aku yang tak seberapa.. Kalau nak dibandingkan dengan orang lain..arrgghh.. macam KLCC dengan umah banglo 2 tingkat

Sebenarnya banyak lagi game yang aku main macam Zoo, Fish World..tapi sebab xde pic macam x syok r plak nak ltak


Kesimpulannya, facebook memang menjanjikan kepuasan untuk eskapisme tetapi jangan over okeh..kalau mak suruh tolong masak, tinggalkanlah facebook itu..



Monday, November 23, 2009

Ada Apa Dengan Nama?



Dah pukul lima..okay, nak balik rumah. Carik2 handset, tak ketemu. Aku pun amek handset kawan aku nak miscall handset kesayangan aku tuh. Dialla nombor aku... Tiba-tiba.. Aik?? Salah tekan nombor kot. Aku pun dial sekali lagik.. Tadaaaa!! Kluar nama yang sama.. yang menyebabkan aku confuse tiba-tiba. Lepas tu kedengaran lagu Neyo - Be On You memekak dari handset aku. Okay tidak syak lagi..memang nombor aku.. Tapi mengapa? Kenapa ? Aku tanpa berlengah lagi teruslah menanyakan hal itu kepada kawan aku itu :


" Wei nape ko letak name aku macam ni??!! "

Kawan aku tersengih-sengih macam kerang busuk sambil menjawab :

" Hehe..ala...awek aku tu slalu check handphone aku..malasla nak bersoal jawab..letak name tu senang sket.. "

Okay aku pon diam sajer tak taw nak jawab ape.. Nasib ko la weh dapat awek huru-hara macam tu!! Patut ke aku cakap macam tu kat dia??

Anyway, aku dah idea.. Lepas ni kalau ade ice breaking session dengan lecturer baru semester hadapan... aku nak cakap macam ni :

" My name is Milah Binti Jamian ( nama sebenar ). Also can call me ANDREW.. thats my nickname. Dont ask why "

Hmmm..cool gak kan.. Andrew..

This entry was posted in

Friday, November 20, 2009

PikiR..ape tajuk yang sesuai..

Yea..akhirnya da sampai umah..

ces xde idea ke stiap kali balik nak wat entry baru?

hmmm..tp xpela..

Cuti sebulan ni pon tak taw nak buat ape...

Takkan nak bercucuk tanam je kot?

Owh ye..lupe plak zoo kene jage gak.tapi xpe..zookeepers aku cekap2..hihi

Ingat nak bukak restoran tapi macam malas la plak..

Ikan2 pon dah tak terjage..

Sebok hidupkan dan bersihkan akuarium orang je..haha

Ape agaknye kawan2 aku yang lain buat ek?

Ape2 pon..slamat bercuti semua!!




Gambar ni diambil dari dalam bas sewaktu dalam perjalanan pulang. Mase tu baru lepas hujan.Macam syahdu je..huhu


Thursday, November 19, 2009