Friday, August 21, 2009

agak2 ape?

  2 comments    
categories: ,




Bulan Ramadhan, anda suke dengar ape?

Radio?

Nasyid?

Lagu2 dkat mp3?

suara kekasih?



hmmmm..anda kelentong..



anda suke dengar azan maghrib kan?



hehehe..

SELAMAT BERPUASA

SEMOGA KITA MEMPEROLEH KEBERKATAN RAMADHAN AL MUBARAK


Wednesday, August 19, 2009

Bersyukur bertemu dengannya kembali

  6 comments    
categories: , ,




Lagi dua hari nak puasa, jadi.. bagaimana?Anda sudah sedia? Ceh skimanyer bahase.. So sempena bulan yang penuh diberkati ini, jom kita tengok hukum-hukum yang berkaitan dengan bulan puasa ni supaya tidak menjadi KEMUSYKILAN dalam diri kita nanti..check it out!!

Sumber : Kitab Ahkam al-Siyam
  • Menggunakan titisan Eye Mo TIDAK membatalkan puasa sebab mata bukan ruang yang terbuka
  • Memakai celak TIDAK membatalkan puasa menurut fatwa Syeikh al-Syarbasi
  • Suntikan melalui dubur memBATALkan puasa sebab merupakan ruang yang terbuka
  • Suntikan melalui urat TIDAK membatalkan puasa mengikut fatwa yang dikeluarkan oleh Lujnah al-Azhar 1948, apa yang sampai ke dalam badan melalui bukan rongga tidak membatalkan puasa.
  • Kalau agas, lalat atau debu jalan masuk ke dalam rongga badan juga TAK BATAL sebab umum balwa ( sukar untuk dielak )
  • Air kumur yang dimasukkan dalam hidung ketika berwuduk juga TIDAK membatalkan puasa jika tidak berlebih-lebihan
  • Puasa orang yang dipaksa makan atau minum pun TAK BATAL kerana itu bukanlah kemahuannya
  • Sengaja muntah akan membatalkan puasa tapi kalau tidak sengaja maka tidak batal menurut riwayat Abu Hurairah daripada Abi Daud dan al-Tirmizi
  • Mani yang keluar secara SENGAJA seperti bercumbu akan BATAL puasanya
  • Mani yang keluar secara tidak sengaja maka tidak batal puasanya
  • Makruh secara tahrim bercumbu di bulan Ramadhan dengan isteri pada siang hari bagi orang yang shahwatnya bergelora sama ada lelaki atau perempuan menurut pendapat mazhab Hanafi dan Syafie.
  • Mengambil pil penahan haid pada bulan Ramadhan kerana ingin berpuasa penuh adalah DIBOLEHKAN tetapi AFDAL jangan mengambilnya kerana kekal mengikut takdir Allah s.w.t teehadap wanita menurut pendapat Syeikh Uthaimin dan Dr. Yusuf al-Qardawi.
  • Menggunakan ubat gigi pada siang hari di bulan Ramadhan DIBOLEHKAN tetapi AFDAL ditinggalkan kerana dibimbangi rasanya sampai ke dalam perut menurut pendapat Syeikh Uthaimin
  • Orang yang sakit buah pinggang yang dinasihatkan berbuka oleh pakar boleh berbuka dan tidak perlu qada’ sebaliknya memberi makan kepada orang miskin mengikut berapa hari puasa yang ditinggalkannya dengan kadar secupak ( fidyah ). Jika sudah sembuh, bolehlah menggantikannya – fatwa Ibn Jabrin
  • Menggunakan inhaler bagi orang yang berpenyakit asma DIBOLEHKAN kerana gas tidak sampai ke perut tetapi sekadar untuk pernafasan – pendapat Syeikh Hushaimi dan Syeikh Ibn Jabrin
  • Menelan balgram atau sejenis kahak bagi yang tua dan sukar untuk meludahkannya semula adalah sah puasa – fatwa al-Syarbasi
  • Menggunakan oksigen buatan bagi yang terbang ke angkasa TIDAK membatalkan puasa – fatwa Syeikh al-Syarbasi
  • Merokok memBATALkan puasa seperti pendapat jumhur ulama’












Tuesday, August 18, 2009

Nak GPS gak!

  6 comments    

gamba disnap masa traffic light


Minggu ni adalah minggu prihatin terhadap kesihatan. Ceh prihatin apenye, kolesterol da tinggi pon aku masih melantak McFlurry macam takde pape.. Alaaa nanti kan bulan pose mesti turun balik kan?kan kan kan?Huhu

Smalam tengok cermin tengok mata macam da baik, tapi ade sedikit lagi salur2 darah merah yang sebelom ni rasenye tak wujud kat mata aku. Cuak jugak, aku pun call kawan aku nak tanya mana klinik mata kat JB yang best tapi murah.

Hmm.. best tapi murah? Murah camane tu? G klinik kerajaan jela

“ Tak nak ”

Camtu sampai bile2 mata ko x baik

“ Apesal? ”

Sebab ko gedik.Mane ade specialist mata yang murah makcikk!!

“ Eee cakap jela kat mane ”

Ade satu. Kat taman Century

“ Hoh taman ape tu? Tak pernah denga pon ”

Adeh ko ni susahlah.Ala..ko cross Holiday Plaza jumpela..dkat2 dengan Hotel Grand Paragon tempat ujibakat AF7 tu..

“ Amboi detail gak explanation ko tu. Nanti aku carik ea, kalau tak jumpe aku call ko balik k? ”

Okay no prob! Senang je..ko mesti jumpe punye. Jangan lupe bawak credit card okeh?

Tanpa melengahkan masa, aku pon memulakan misi pencarian klinik mata itu. Okay, jumpe Plaza Pelangi..jalan lagi, jumpa plak Hotel Grand Paragon.. Tapi…mane Taman Century? Aku pon main pusing2 da kat situ. Berpeluh2 dah ni, bace signboard dahla tak brape nak clear tak pakai cermin mata kan.. Give up jap, aku try call kawan aku tapi off la plak!! Memang nak kena la minah tu kan..

Rase macam nak balik dah. Tiba2 teringat wan @ nenek aku ade ajar doa kalau nak carik barang kepunyaan kita yang ilang. Tapi masalahnye klinik mata tu aku punye ke? Ahh bantai jek ah..

Aku meneruskan semula pengembaraan, kali ni pengembaraan lebih tenang dan teliti. Aku mengerahkan sepenuh tenaga mata rabun + sakit ni untuk membaca signboard2 yang ade di tepi jalan. Tibe2 aku terjumpe satu signboard yang aku carik2 selama ini. Sebenarnye aku dah round jalan tu lebih 18 kali kot..!!

Kepada kawan aku Yang tersayang :

KALAU DAH NAME TAMAN TU TAMAN ABAD, TAK PAYAHLAH KO NAK TRANSLATE KEPADA BAHASA INGGERIS MENJADI TAMAN CENTURY. AKU NI PUN INGAT2 LUPA CENTURY = ABAD. HABISKAN MINYAK KERETA AJE.

Sekian Terima Kasih

Sunday, August 16, 2009

You Are Not Alone : Only me

  7 comments    
categories: ,


Haih tak taulah aku mimpi ape malam tadi, yang penting bangun2 tidur je terus aku terliur teringat kat donut Big Apple. Rase macam nak breakfast dengan 10 ketul donut dari pelbagai jenis. Terus aku nak gi Tesco Plentong mase tu jugak. Tapi? Nak g dengan sape? Kawan2 aku sume dah cuti H1N1.. sume tengah sibuk study gamaknye di uni masing2. Bodyguard yg setinggi 183 cm plak ( bodyguard?? habis ah jap lagi kene hambat ) sebok dgn tugasan2 die.. Ah tak pedulik, g sorang2 pon ape salahnye kan? kan? ( lagu Miss Independent dari Neyo berkumandang di cuping telinga )

Tapi tak taw ape suweynye aku hari ini, Big Apple plak TUTUP!! Ces macam ni ke orang berniaga?? Patutnye mase weekend ni lah kau kaut untung sebanyak yang mungkin, yang ko tutup bwat ape?!! Puas aku merayau carik dunkin donut plak, ceh takde jugak.. Last2 jumpe gak satu kedai donut yang tak berape nak fofular, tapi .. eh not bad gak lah.. hehe.. tulah kalau dah ngidam sangat




beli 5 free 1, pastu dapat kotak..comel gak kan kotak die?hehehe




Lepas tu jalan2 lagi, nampak booth untuk kesihatan. Check kolesterol dalam darah.. Ceh tibe2 concern pasal kesihatan aku pon pegilah.. percuma kan. Lepas abes check, doktor tu wat muka terkejut beruk kat aku. Then dia boleh plak cakap kuat2 macam tertelan mikrofon, " Tengok, orang KURUS pon boleh terlebih kolesterol. So, yang KURUS pun kena datang check di sini " Thanx doc cakap saya kurus, tapi.. betol ke paras kolesterol alu terlebih? Waaa.. Kemudian Doctor pon pesan kat aku jangan terlalu risau, tapi lepas ni kena berhati2 dalam pemakanan.. Okeh2 bear in mind


Sambung lagi jalan sorang2 macam loser kat town, teringat plak aku tak beli baju raya lagi. Aku pon survey la mane taw ade yang berkenan. Tibe2 ternampak sepasang kain yang sangat cantik lagi menawan.. tanyelah tokey kedai brape hargenye. Jeng jeng jeng.. hargenya ialah : RM 590 !! Batik Seri Hendon bini Pak Lah katenyer.. Owh telan air liur.. buat kira2 jap. Dengan 590 then diberi discount RM 550 aku boleh beli 11 pasang baju kurung siap yang biase. Okeh bye2 batik arwah Seri Hendon



aku berkenan dengan kain yang atas kain warna hijau tu..tapi apakan dayaku..huhu

Aku terus lagi berjalan2 tanpa arah tujuan yang pasti..


hmmm terasa macam di London pula


Yelah sape tak sayang suami..??


Emas sekarang 1 gram RM 122 ~~ lalalaaaaaa




Kemudian aktiviti terakhir ialah melawat adik saya di asrama.. tanda2 yang saya bosan tahap cipan yang kebosanan



Ini adik saya, die pemalu macam saye jugak. hihi

rindu gak kadang2 kat sekolah

Friday, August 7, 2009

Renungan beracun

  10 comments    
categories: 

tengoklah mata aku tu

kesian kan??

huhu

i have conjunctivitis

translate ::

aku kene sakit mata

dapat r mc ( medical certificate~ baru taw..haha..loser! ) tiga hari

tapi still macam tu gak x baek2!!

tapi sakit mata bkn simptom H1N1 kan?? ( macam bangang je soalan )

doakan mata saya sihat sediakala ek....huhu



mase dah sakit barulah terasa betapa pentingnya mata..huhu..ampunkan aku jika selama ini aku kufur nikmat~~

Monday, August 3, 2009

sHow-oFF..hehe skali skale

  12 comments    
categories: ,


Isn't she ( or maybe he? ) cute??

Thanks besties!

* I forced them .. hee hee hee *

Saturday, August 1, 2009

mungkin kamu pernah rasa apa yang saya rasa

  6 comments    
categories: , ,


Apakah maksudnya bila saya meletak gambar yang penuh kehijauan di sini? Hehe..itu maknanya saya sudah teringin sangat mahu pulang ke kampung halaman memandangkan di tempat saya bermastautin ini susah sangat hendak melihat pemandangan yang sebegini redup. Yang ada hanyalah padang pasir yang terik..ehe taklah seteruk tu tapi hampir-hampirlah..


Banyak IPTA dan IPTS dah ditutup memandangkan wabak H1N1 makin parah, tapi universiti saya relaks dan tenang sahaja macam tak ada apa-apa berlaku. Alhamdulillah la kan? Nak mintak ke virus tu datang? Universiti saya dahlah kiut, nanti tak pasal-pasal tak sempat nak kuarantin da merebak satu kampus.


Wireless pula sangat menjengkelkan. Bila malam, selalu tak dapat. Pukul 3 pagi baru ade. Hello.. I need my beauty sleep okeh.. Bila siang plak, lembap yang amat. Haih..susahlah nak cari article for research method, cyber law.. Ceh, padahal susah nak bukak facebook, blogger, etc..


Chow dulu ah..bye bye