Thursday, July 30, 2009

Kurang Gemar


Traffic light.

Traffic light dalam bahasa melayu dipanggil lampu isyarat. Ade jugak orang panggil stop light, traffic lamp dan sebagainyA.

Traffic light ni fungsinya untuk mengawal lalu lintas kat jalan. Kaler standard kat atas tu merah,kuning dan hijau. Tapi kalau tengok banyak kali,bukan warna kuning sebenarnya.. Warna amber.. Amber tu kaler ape? tengok lah traffic light, tulah warna amber.

Traffic light dicipta pada tahun 1868 ( dah lame da... ) oleh seorang jurutera J.P Knight. Trafficlight jugak ade banyak jenis. Jenis yang biase yg 3 set kaler tulah. Ade gak taffic light utk pedestrian..ade dua kaler je..hijau utk jalan, merah utk stop..xde nak sedia2 la kan..name pon jalan kaki..klaka plak kalau tibe2 kene perlahankan perjalanan kaki anda. Kalau kat oversea ade plak traffic light untuk public transport.

Traffic light jugak agak merbahaya..Kalau korang langgar traffic light, boleh kemek separuh kereta gak r..Kalau traffic light warne merah, korang selambe dek je memandu..mungkin akan membuatkan korang pokai selama 2 minggu atau lebih dahsyat menggadaikan nyawa korang.

So..amacam??

Footnote : Sebenarnye aku x suke traffic light, sebab traffic light aku hampir gagal JPJ, aku slalu mati enjin kat traffic light.
This entry was posted in

Friday, July 17, 2009

kami berpisah secara baik



Hampa betul aku mase tengok laman web universiti aku bile semak aku masih lagi dapat kolej kediaman yang sama. Rupa-rupanya perpindahan ke kolej yang satu lagi tu hanyalah janji-janji manis pihak pengurusan je.Yelah majority classmate aku sume dah berpindah duduk luar, lepas tu member2 sekepale aku ni sume duduk jauh dari aku. Roomate terdahulu dah mengambil keputusan duduk rumah, manakala yang lain2 duduk kolej kediaman yang jauh dari kolej aku. Kalau jalan kaki, memakan setengah hari kot..hehe. Kalau naik kereta plak, adela dalam 15 minit. Eh..jauhlah tu.. So, nak mengumpat dengan sape kan? Takde member beb

Lagi hampa bila aku tengok aku dapat bilik no 3, bilik terhalus tu.. Oh God, anything more worse than that U can give to me? Ya..memang boleh. Tuhan Maha Berkuasa. Nak dijadikan cerita lebih menarik, aku berjaya lagi mendapat tingkat 4. Wow, wow and wow. Aku berjaya mengekalkan takhta kedua teratas ini selama 3 sem, satu rekod yang boleh dibanggakan tu. Maka aku pun mengangkat barang2 aku iaitu 2 beg baju, 5 kotak barang2 yang terdiri daripada pelbagai jenis such as ( ceh tibe2 such as ) beg, buku, iron dan sebagainya ke tingkat 4. Mungkin turun 1 kg kot. Oh rak buku masih tak berangkat kerana parents saya hadiahkan rak buku campuran besi dan logam. Ceh xde ah

Bile naik ke bilik, owh roommate saye dah sampai ah, die dah letak beg kat atas katil bawah. Fine, rekod terus dikekalkan, 5 sem kat katil atas. Aku pon tak kesah sangat katil atas ke bawah sebab bile tidor kita bukannye sedar kan, yang penting ade tilam empuk. Aku tengok name die kat beg, eh macam kenalla.. tapi.. sape ek? Aku tengok barang2 dia, eh ade jugak orang lagi banyak barang dari aku. Bersyukur sekejap. Tapi bile difikir-fikirkan, muat ke bilik sekangkang kera ini untuk barang2 kami???



Dan.. jeng jeng jeng..sedang aku melipat2 baju untuk dimasukkan ke dalam gerobok, tibe2 roomate aku pon masok.. Laa.. akak ni rupenyer.. dulu die pernah serumah dengan aku, tapi mungkin jodoh kami untuk serumah tak panjang, di pertengahan sem dia keluar dari rumah kami. Sebab musabab yang pasti taklah aku ketahui..

Dan sekarang.. ya..mungkin ada jodoh lagi, kami bertemu lagi.. Aku terima dia dengan hati yang terbuka sebab dia ni memang sape2 pon x bole deny dia seorang yang baik lagi lemah lembut. Wajah die pon sejuk mata memandang.. Tapi the problema is.. warrghh..aku dengan die, macam langit dengan bumi. Eh tapi bukan ke langit dan bumi saling memerlukan? Ceh ceh ceh dah termasuk drama Nur Kasih la pulak kan.. Eh xdelah macam langit dengan bumi, macam terok no je aku ni. The point is.. kami memang berbeza..

Anyway, sepanjang seminggu duduk di rumah baru. Aku rasa aku bole je get along dengan die, begitu jugak dengan housemate2 yang lain. Walaupon kadang2 memang ade moment yang.. err..eccentric tapi takdelah teruk sangat. Kawan2 aku pon rajin menziarah aku kat sini ( thankiu ea ).. so aku xdelah feel so bad

Tiba2 di suatu maghrib, roommate aku tanye aku satu soalan : “ Ann takut tak tido sorang2? ”. Aku dengan jujurnye menjawab, “ Tak. Kenape kak? ”. Rupa-rupanya dia bercadang untuk pindah bilik..!! Aku mula2 bingung, takut jugak..aku ade wat salah ke? Tapi bile die cakap nak pindah bilik sebab dia tak sukakan pencahayaan dalam bilik aku, ditambah lagi dengan bilik depan yang memang kosong sebab kawan satu course dia dah berpindah, aku rasa lega tiba2. Yelah at least dia takdelah berpindah merempat kat bilik orang ke, or berpindah secara illegal.

Tup tap tup tap, seminggu selepas itu dia berjaya mendapatkan kunci bilik baru. Dia baik weh siap basuhkan karpet aku yang tak pernah berbasuh selama ini, kui kui kui. Dia pon turut menyediakan keropok lekor rebus untuk aku ( rebus sendiri beb ) siap dengan sos. Sedap sedap, ori dari Terengganu taw. Ceh konon2 parti perpisahan la..hak hak. Dia juga turut mewariskan katil beradunya kepada aku. Haha merase jugak katil bawah tapi nak dapat internet laju kene nek katil atas gak, kenape ek?

So, this is my first nite tidur tanpa roommate. Aiseh, perasaan bercampur baur gak. Hepi of cozla sebab bilik comel ini rasenye memang tak dapat menampung barang2 kami yang super banyak ini. Sedih, tak kot..haha. More to sepi kot.. kah kah kah.. gedik siot. So sape2 nak teman aku kat sini meh la. Dialukan2. Free of charge. Turut menyediakan Nescafe and gula. Coffee Mate xde. Chow

:: Weh apesal panjang sangat aku taip nih?? ::

Wednesday, July 15, 2009

sem burung hantu @ musang pulut @ pontianak sundal




yela awal2 sem ni memang la lapang

tapi da ade esaimen la..huhu

malehnye den nak buek

sem ni gak ade beberape subjek yang sudah

menunjukkan ciri-ciri yang kurang digemari..

cyber law and research methodology

erghh..denga name pon nak demam.. huhu

eh x baik la.. mule2 mind setting da tak betol

huhu..

okeh2.. chill.. everything will gonna be fine



weh macam da kekok la menaip kat sini

tulah da lame tak update

macam kaku je jari2 ni


member2 aku baik, g obersi bawak balik souvenir..nak gantung kat mane tah..nak kene beli beg lagi ni..kih kih kih

mereka pulang ke kampung halaman.. Kampung Nilam Court namenye.. Bagus2..setahun sekali balik..hahaha..eh bukan mereka, yang sorang tu memang sayang kampung die


ha yang ni baru betol.. hehe.. membasuh motor sambil disirami mentari senja.. wah romantiknye


kami dalam misi merampas broadband di atas teksi itu kerana terlalu bosan di asrama

kami juga sempat ke Egypt..haha..kenape? x pecaye?

terlepas satu hari

haha.. 14hb July 2008, blog ini telah dihasilkan

so hari ini da 15 hb july 2009

happy belated besday blog!!

hmm..dulu ko biru gelap + polka dot

sekarang ko dah itam pulak..

wah kene beli pencerah kulit ni