Wah wah wah..
Ini best okeh..
Sekarang kita tak perlu ragu2 lagi untuk mencegah maksiat
walaupun kita bukanlah pencegah maksiat yang rasmi!
Yelah, kalau korang nampak ade sepasang manusia sedang
asyik bercengkerama di taman bunga depan mata korang,
Ataupun nampak orang berjudi kat..mane2 lah kan
Ape korang nak buat?
Adakah korang akan datang di hadapan mereka dan
memberi ceramah barang sepatah dua kata?
Hehe.. agak susah kan?
Tapi sekarang.. kita boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa
dengan menghantar SMS kepada JAWI..senang kan?
Yelah kan, orang kate kalau tak berani nak tegur secara
direct method, at least kita ade effort jugak untuk menjaga
kemaslahatan ummat Islam kan?
Lagi satu, ia jugak boleh memberi peringatan untuk diri sendiri jugak..
Contohlah saya baru nak buat maksiat, tiba2 teringat ,
“ Eh bahaye ni kang orang nampak, pastu SMS kat JAWI, naye
aku..! huhuhu.. ”
Kan bagus tu kan?
kuranglah sket maksiat yang semakin berleluasa sekarang ni
SMS yang dihantar dicaj 15 sen, dan caj penerimaan pulak 20 sen
Tapi khidmat SMS ni just untuk orang Key Ell jela..
Ces ces ces..
Takpe2, korang kan suke lepak kat Mid Valley, KLCC..
Ape lagi? Kalau nampak tu SMS okay?
Maybe jugak satu ari nanti perkhidmatan ni akan diperluaskan
ke seluruh Malaysia pulak.. tunggu..
CARA-CARA NAK SMS:
type JAWI(space)ADUAN ( aduan anda ) lepas tu hantar ke 15888
Contoh :
JAWI ADUAN Terdapat kegiatan pesta buih di……. ( lengkapkan aduan)
Dan terus SMS ke nombor 15888
macam beselah aku suke letak gamba hiasan.. kalau teror, teke r kat mane? teka..teka..
Hoho..
slalu aku mengarut merepek je kat blog ni skali skala bagi informasi sketlah