Saturday, November 28, 2009

Apa tu?

  6 comments    
categories: 


Lepas maghrib, Milah ( nama sebenar, ape nak sorok2 ) menuju ke stadium yang berdekatan dengan rumahnya. Dekat sangat, kalau lalu jalan jauh dalam 5 minit, kalau short-cut, 2 minit pun tak sampai. Milah pergi ke stadium sebab kawan2nya ajak tengok mereka main futsal, Milah tak main sebab Milah kaki bangku. Sampai sahaja, match da start, Milah pun tengok je la..sambil tu Milah usha-usha budak2 lelaki yang ada paras dan rupa. Agak meriah jugak keadaan di mini stadium tu, ramai jugak yang datang jadi cheerleader, bersorak-sorak padahal game tu biase je..Ramai je yang kaki bangku macam aku~kata Milah dalam hati.


Sesudah perlawanan, kawan Milah, Mat ( name sebenar gak ) datang kat Milah. Mereka pun berbual-bual, macam2 la yang dibualkan tapi majoritinya mengumpatla..Hmm jangan ingat lelaki tak mengumpat, diorang mengumpat lagi dahsyat doh. Sedar tak sedar, da pukul 10 .30 malam..orang2 lain pun mula beransur pulang. Tapi si Milah dan si Mat ni tak nampak pun macam nak blah, nak kata lame tak jumpa, tak dela sangat, tapi kalau dah dua2 kaki borak..sampai subuh pun tak habis..

Lalu datanglah kawan2 mereka yang lain memberi teguran:

Nani : " Oi balik2, da malam da woi "

Milah dengan selambanya menjawab :

"Rilekslah wei..malam masih muda Nani .. kikiki "

Kemudian datang plak Razak :

Razak: " Oi balik..nanti kena tangkap basah baru tau.. "

Mat dengan sempoinya menjawab:

" Baguslah..dapat kawin free,..kah kah kah "

Kawan2 Mat dan Milah hanya boleh menggeleng-gelengkan kepala dengan perangai kepala batu diorang. Jadi mereka pun beredar pulang. Tinggallah si Milah dan Mat berdua di mini stadium itu. Memang berdua, tetapi di antara 2 kaum adam, terselit juga Iblis di antara mereka. Hmm..Mereka pun terus berborak-borak sambil ketawa berdekah2 ditemani cengkerik2 dan bunyi katak dan ditemani juga kegelapan malam.

Jam menunjukkan pukul 11 malam.. mereka masih lagi bergosip. Tiba-tiba Milah terlihat sesuatu di atas langit. Mata Milah yang rabun jauh itu melihat bagai kain putih sedang terbang perlahan-lahan terbuai-buai dibawa angin.

Orang kata kalau nampak apa-apa yang pelik malam-malam jangan ditegur, tapi mulut celupar Milah memang terbukti berkesan.

" Weh Mat, ape kat atas tu? Macam kain " kata Milah

" Eh ntah..aku tengok macam kertas je " jawab Mat naif.

Lalu mereka pun sama-sama melihat benda putih yang terbang perlahan itu. Mereka terdiam dan bagai terkesima. Masa bagaikan terhenti dan keadaan amat sunyi sekali.

Tiba-tiba badan Milah menggeletar, hingga gigi2nya turut berlaga. Suhu badannya bagaikan turun ke -50 celcius degree. Benda yang dilihatnya perlahan tadi kini turun laju dan kian jelas. Mata Milah macam nak tercabut apabila melihat benda yang disanngkanya kain putih itu ialah badan manusia berbaju putih tapi kepalanya tidak kelihatan!

Milah tidak berlengah lagi terus berlari meninggalkan tempat itu. Terus terlupa dia pada Mat. Milah cuba berlari laju tapi lututnya bagaikan longgar sekali. Matanya mula melimpahkan air mata. Dia berasa amat takut. Tiba-tiba, ada sesuatunya memintasnya dan tangannya direntap sesuatu. Waktu itu jantung Milah macam nak tercabut. Dia cuba menjerit tetapi suaranya tak boleh keluar. Rupa-rupanya Mat yang menarik tangannya menyuruh die berlari lagi laju. Tapi Milah macam kehabisan tenaga, rumah yang dekat dirasakan macam 10 kilometer.

Sesampai di rumah, MiLAh menangis semahu-mahunya. Dia berasa sangat takut sehingga mahu pecah jantungnya berdetak. Peluh mengalir tak henti2. Matanya terbayang-bayang kelibat Badan tanpa kepala itu terbang di udara. Milah cuba membaca ayat Kursi tapi kepalanya bagaikan kosong. Akhirnya Milah mengambil inisiatif untuk memegang Al-Quran sehingga ke pagi.

Moral of The Story : Jangan berdua-duaan di tengah malam wei! Kene cekup dengan pencegah maksiat baru tahu!!

6 comments:

  1. cuak jugak.true story ke?

    ReplyDelete
  2. beotm :

    mat terkencing dlm sluar dan demam 3 ari 3 malam

    eheh ntah

    x sempat aku nak follow-up

    ReplyDelete
  3. anon :

    klu mat n milah tu tipu

    aku pun tipula kot

    hehehe

    ReplyDelete
  4. kehkeh. seram gile! cite ni real ke? tapi kalo nk jd pengajaran mmg bagos! haha

    ReplyDelete

sila komen jangan segan-segan :)