Friday, September 25, 2009

Eid Mubarak (2009)

  6 comments    
categories: , ,
Sudah lebih 20 kali mengalami hari raya...Raya kali ini paling penat kot. Bayangkanlah semua adik beradik mak seramai 8 orang balik beraya campur dengan anak2 diorang, menjadikan rumah nenek aku mempunyai ahli anggota seramai lebih kurang 50 0rang! Dalam satu rumah ade 50 orang, bayangkanlah camane serabut jadinye.. Berebut bilik air nak mandi, melabur, basuh baju berbakul-bakul, sidai, lipat lagi, masak, basuh pinggan.. Adeh, memang tak cukup tangan gak r jadinya.. Dahlah anak dara tak berapa nak ade, yang ramai anak jantan je..so memang tak boleh nak berehat sangatla.. Tapi sebagai seorang pakar mengelak, aku berjaya jugak curik2 tulang lari dari kerja2 dapur yang pening itu dengan alasan seorang sepupu tak membeli tudung lagi, padahal malas.. Mak da bagi greenlight, ape lagik.. kami yakin dengan keputusan kami, kami serbu Bazaar Kota Tinggi!!




teringat cik pzah, jadi ke pakai selendang ct? kui kui kui






pilih..pilih yang mane berkenan..murah2 je dik

sesi 'cuba-jaya' tudung




Tapi apa2 pun..raya tahun ni memang meriah la kan. Dah semua balik, memang riuh rendah sampai ke malam la rumah tuh. Orang datang beraya pon ramai, sampai jari2 saya kecut membasuh cawan dan pinggan.. huhu.. amek gambar dengan family pon tak sempat.. Tapi sedih tahun ni tak dapat buat signature cookies saya iaitu Cornflakes Bermadu sebab masa tak mengizinkan..huhuhu..dah la sebenarnye esaimen berlambak2 tapi tak sempat nak sentuh pon.. haih kalau cuti 2 minggu sempat kot.. T_T







sesi bermaaf-maafan yang ditunggu.. sebenarnye tunggu duit raye.. hehe eh2 xdelah

Hari raya ketiga dan keempat barulah dapt beraya bersama keluarga dan rakan2..Sempat jugak buat research yang tak penting dan tak dapat markah iaitu mengkaji cat rumah orang. Dan keputusannya 85% mengecat rumah mereka dengan warna hijau, kemudian disusuli dengan warna pink, seterusnya putih dan lain2. Tak pecaya?? Tengok gambar2 yang tertera di bawah



Abaikan orang yang sedang menganga makan tempeyek.. Tengok? Dinding dia hijau kan?




Hijau lagik.. sila abaikan lagi orang yang merasakan air oren lagi ade class dari air ribena masam + pahit itu.. huh advertisment sometimes very annoying


haa yang ni lagi hijau terang.. oh tolong abaikan kawan saya yang tak mandi lagi terus sarung baju kurung sebab nak amek gambar


yang ni pon kategori hijau kan?


haha itulah sedikit sebanyak rumah yang bercat hijau.. Sape yang rumah die hijau gak bolela send email kat aku boleh aku tambahkan lagi koleksi .. ok lah akhir kata :
SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR BATIN


6 comments:

  1. erk..drpd ko duk wat researh psl cat umah org 2,baek ko g siapkan air pollution ko 2..de la pekdahnyer..haha

    ReplyDelete
  2. awt tak mintak tjuk ni kt prof mahir..

    mesti terbaik! haha

    weh aku sokong research hypotheses ang ni. ramai dh suka cat umah warna hijau cmtu..menggamit jiwa gitu..hehe

    ReplyDelete
  3. kerenyeh : haha nnt ak sorgdpt full mark susa plak..kah3..yela umah ko ijau gak kan

    ReplyDelete
  4. mna ada.

    umah aku langsir je warna hijau.

    umah ckgu aku ada la sorg tu cat

    hijau pekat..silau mata aku time

    beraya aritu..ahaha

    ReplyDelete
  5. yeke..la..salah umah rupenye

    hahaha

    ReplyDelete

sila komen jangan segan-segan :)