Wednesday, August 19, 2009

Bersyukur bertemu dengannya kembali

  6 comments    
categories: , ,




Lagi dua hari nak puasa, jadi.. bagaimana?Anda sudah sedia? Ceh skimanyer bahase.. So sempena bulan yang penuh diberkati ini, jom kita tengok hukum-hukum yang berkaitan dengan bulan puasa ni supaya tidak menjadi KEMUSYKILAN dalam diri kita nanti..check it out!!

Sumber : Kitab Ahkam al-Siyam
  • Menggunakan titisan Eye Mo TIDAK membatalkan puasa sebab mata bukan ruang yang terbuka
  • Memakai celak TIDAK membatalkan puasa menurut fatwa Syeikh al-Syarbasi
  • Suntikan melalui dubur memBATALkan puasa sebab merupakan ruang yang terbuka
  • Suntikan melalui urat TIDAK membatalkan puasa mengikut fatwa yang dikeluarkan oleh Lujnah al-Azhar 1948, apa yang sampai ke dalam badan melalui bukan rongga tidak membatalkan puasa.
  • Kalau agas, lalat atau debu jalan masuk ke dalam rongga badan juga TAK BATAL sebab umum balwa ( sukar untuk dielak )
  • Air kumur yang dimasukkan dalam hidung ketika berwuduk juga TIDAK membatalkan puasa jika tidak berlebih-lebihan
  • Puasa orang yang dipaksa makan atau minum pun TAK BATAL kerana itu bukanlah kemahuannya
  • Sengaja muntah akan membatalkan puasa tapi kalau tidak sengaja maka tidak batal menurut riwayat Abu Hurairah daripada Abi Daud dan al-Tirmizi
  • Mani yang keluar secara SENGAJA seperti bercumbu akan BATAL puasanya
  • Mani yang keluar secara tidak sengaja maka tidak batal puasanya
  • Makruh secara tahrim bercumbu di bulan Ramadhan dengan isteri pada siang hari bagi orang yang shahwatnya bergelora sama ada lelaki atau perempuan menurut pendapat mazhab Hanafi dan Syafie.
  • Mengambil pil penahan haid pada bulan Ramadhan kerana ingin berpuasa penuh adalah DIBOLEHKAN tetapi AFDAL jangan mengambilnya kerana kekal mengikut takdir Allah s.w.t teehadap wanita menurut pendapat Syeikh Uthaimin dan Dr. Yusuf al-Qardawi.
  • Menggunakan ubat gigi pada siang hari di bulan Ramadhan DIBOLEHKAN tetapi AFDAL ditinggalkan kerana dibimbangi rasanya sampai ke dalam perut menurut pendapat Syeikh Uthaimin
  • Orang yang sakit buah pinggang yang dinasihatkan berbuka oleh pakar boleh berbuka dan tidak perlu qada’ sebaliknya memberi makan kepada orang miskin mengikut berapa hari puasa yang ditinggalkannya dengan kadar secupak ( fidyah ). Jika sudah sembuh, bolehlah menggantikannya – fatwa Ibn Jabrin
  • Menggunakan inhaler bagi orang yang berpenyakit asma DIBOLEHKAN kerana gas tidak sampai ke perut tetapi sekadar untuk pernafasan – pendapat Syeikh Hushaimi dan Syeikh Ibn Jabrin
  • Menelan balgram atau sejenis kahak bagi yang tua dan sukar untuk meludahkannya semula adalah sah puasa – fatwa al-Syarbasi
  • Menggunakan oksigen buatan bagi yang terbang ke angkasa TIDAK membatalkan puasa – fatwa Syeikh al-Syarbasi
  • Merokok memBATALkan puasa seperti pendapat jumhur ulama’












6 comments:

  1. thanks for tha info. i owe u

    ReplyDelete
  2. okey..ak tau pe yg ko cbe smpaikan..hik3..
    pss:klaka gamba mse muda2 dlu..haha

    ReplyDelete
  3. anon :

    welcome

    huh?? u owe me?

    how much? who r u?

    or for the info?

    its nothing la..sharing is caring rite

    haha

    ReplyDelete
  4. chocolate :

    haha..skarang da tue ke?

    aku tak.hahaha

    ReplyDelete

sila komen jangan segan-segan :)