Selamat Datang! Jangan malu-malu.. Wat macam rumah sendiri..hokay!! JanGan peCah-pecaHkan barang sudeh....hihihi. Kalau nak bawak buah tangan lagi best.. hehe
RSS

Saturday, December 26, 2009

Perasaan yang sudah lama tidak menjengah..







 





cuba teka?

apekah perasaan itu berdasarkan gambar-gambar di atas..

oleh kerana anda semua bijak..

pastinya saya tak perlu membuat pertandingan teka2

sebab soalan ini sangat tak mencabar kan

hahaha






okay melalut

sebenarnya perasaan yang dimaksudkan ialah bosan

atau sepi

atau sunyi



Kenapa ia sudah lama tidak menjengah??

kenapa?mengapa?




Kerana sebulan yang lepas hidup sangat meriah

dengan gelak ketawa famili

sepupu sepapat atuk nenek

kawan dan lawan



Hari ini?

Berseorangan di dalam bilik halus kecil molek

Seorang okay!!!


Welcome Back Kawan-Kawan

Teruskan Perjuangan Menuntut Ilmu






saya sudah homesick..haha gedik2



Tuesday, December 15, 2009

Kisah Kanak-kanak Suci dan Pontianak Vegetarian Edward Cullen



Kanak-kanak memang suci hati mereka

Mereka tak pernah berbohong

Mereka bercakap dari hati terus ke mulut

Takde tapis2 okayh..

So kalau nak tanye kau gemuk ke tak,

Tanye kanak-kanak okay

Tanye boypren mesti die cakap kurus sangat

ala Heidi Klum ( mase baru2 kapel la )

Tapi kanak-kanak sekarang agak advance la,

kecik-kecik lagi da minat lelaki dewasa..

"Ish comelnye Ekwed(sebenanye Edward) ni..macam nak cium2 je"

Boleh ke budak pempuan 8 tahun cakap macam tu?? (-_-'")

Tapi pelik gak, apesal ramai sangat wanita2 suke tengok

si Robert Pattinson itu?

Pucat tak berdarah sajer..

New Moon pon takdelah best mane, tertidur separuh citer..




Masa aku tido, diorang pon membuat kerja2 kreatif.bravo!




Jadilah orang yang berguna suatu hari nanti kanak-kanak


Moral of the Story : Belilah cd ori, tak pon gilah tengok wayang

mungkin akan menimbulkan kepuasan

Wednesday, December 9, 2009

Perangai hodoh yang mereka-mereka ( dan saya -saya ) suka buat


Perasan tak?

Bila kita g Giant, Tesco, Carrefour, Kip Mart, Maydin dan lain-lain pasaraya..

Bila dah nak bayar, dah nak sampai kaunter..

Tengok-tengok dalam troli atau bakul,

Hati tiba-tiba runsing

"Eh, macam banyak sangat je barang aku beli "

"Eh apesal aku amek benda ni?Bukan aku makan pon!"

"Macam tak cukup je duit aku nih"

Dan apa lagi..

Kita pun mengeluarkan barang-barang yang rasa-rasanya tak berapa penting.

Maka..terjadilah senario seperti ini:




obvious giler kot


Kopi Super pun ade...mai secawan!hehe



Hehe..ni jelah yang sempat aku snap

Kalau boleh nak g kat sume kaunter,mesti macam2 ada..

kreatif gitu rakyat Malaysia ni


Moral of the story : Ala..ape salahnye kalau kita letak balik barang kat tempat asal kan

Exercise lah sket..malas sangat ah korang ni ( saya juga )!!




Untuk orang2 JB :

Apesal aku baru perasan adanya Buaya ni kat Giant Plentong?

Dah lame ade ke?

T_T





Thursday, December 3, 2009

Post ke 101!!




Hmm..slalu orang announce post ke 100

tapi aku da terlepas da....

baru prasan ari ni..

ces..

hmmm..tapi xde idea ah nak post ape..

ltak gamba je ah











Saturday, November 28, 2009

Apa tu?



Lepas maghrib, Milah ( nama sebenar, ape nak sorok2 ) menuju ke stadium yang berdekatan dengan rumahnya. Dekat sangat, kalau lalu jalan jauh dalam 5 minit, kalau short-cut, 2 minit pun tak sampai. Milah pergi ke stadium sebab kawan2nya ajak tengok mereka main futsal, Milah tak main sebab Milah kaki bangku. Sampai sahaja, match da start, Milah pun tengok je la..sambil tu Milah usha-usha budak2 lelaki yang ada paras dan rupa. Agak meriah jugak keadaan di mini stadium tu, ramai jugak yang datang jadi cheerleader, bersorak-sorak padahal game tu biase je..Ramai je yang kaki bangku macam aku~kata Milah dalam hati.


Sesudah perlawanan, kawan Milah, Mat ( name sebenar gak ) datang kat Milah. Mereka pun berbual-bual, macam2 la yang dibualkan tapi majoritinya mengumpatla..Hmm jangan ingat lelaki tak mengumpat, diorang mengumpat lagi dahsyat doh. Sedar tak sedar, da pukul 10 .30 malam..orang2 lain pun mula beransur pulang. Tapi si Milah dan si Mat ni tak nampak pun macam nak blah, nak kata lame tak jumpa, tak dela sangat, tapi kalau dah dua2 kaki borak..sampai subuh pun tak habis..

Lalu datanglah kawan2 mereka yang lain memberi teguran:

Nani : " Oi balik2, da malam da woi "

Milah dengan selambanya menjawab :

"Rilekslah wei..malam masih muda Nani .. kikiki "

Kemudian datang plak Razak :

Razak: " Oi balik..nanti kena tangkap basah baru tau.. "

Mat dengan sempoinya menjawab:

" Baguslah..dapat kawin free,..kah kah kah "

Kawan2 Mat dan Milah hanya boleh menggeleng-gelengkan kepala dengan perangai kepala batu diorang. Jadi mereka pun beredar pulang. Tinggallah si Milah dan Mat berdua di mini stadium itu. Memang berdua, tetapi di antara 2 kaum adam, terselit juga Iblis di antara mereka. Hmm..Mereka pun terus berborak-borak sambil ketawa berdekah2 ditemani cengkerik2 dan bunyi katak dan ditemani juga kegelapan malam.

Jam menunjukkan pukul 11 malam.. mereka masih lagi bergosip. Tiba-tiba Milah terlihat sesuatu di atas langit. Mata Milah yang rabun jauh itu melihat bagai kain putih sedang terbang perlahan-lahan terbuai-buai dibawa angin.

Orang kata kalau nampak apa-apa yang pelik malam-malam jangan ditegur, tapi mulut celupar Milah memang terbukti berkesan.

" Weh Mat, ape kat atas tu? Macam kain " kata Milah

" Eh ntah..aku tengok macam kertas je " jawab Mat naif.

Lalu mereka pun sama-sama melihat benda putih yang terbang perlahan itu. Mereka terdiam dan bagai terkesima. Masa bagaikan terhenti dan keadaan amat sunyi sekali.

Tiba-tiba badan Milah menggeletar, hingga gigi2nya turut berlaga. Suhu badannya bagaikan turun ke -50 celcius degree. Benda yang dilihatnya perlahan tadi kini turun laju dan kian jelas. Mata Milah macam nak tercabut apabila melihat benda yang disanngkanya kain putih itu ialah badan manusia berbaju putih tapi kepalanya tidak kelihatan!

Milah tidak berlengah lagi terus berlari meninggalkan tempat itu. Terus terlupa dia pada Mat. Milah cuba berlari laju tapi lututnya bagaikan longgar sekali. Matanya mula melimpahkan air mata. Dia berasa amat takut. Tiba-tiba, ada sesuatunya memintasnya dan tangannya direntap sesuatu. Waktu itu jantung Milah macam nak tercabut. Dia cuba menjerit tetapi suaranya tak boleh keluar. Rupa-rupanya Mat yang menarik tangannya menyuruh die berlari lagi laju. Tapi Milah macam kehabisan tenaga, rumah yang dekat dirasakan macam 10 kilometer.

Sesampai di rumah, MiLAh menangis semahu-mahunya. Dia berasa sangat takut sehingga mahu pecah jantungnya berdetak. Peluh mengalir tak henti2. Matanya terbayang-bayang kelibat Badan tanpa kepala itu terbang di udara. Milah cuba membaca ayat Kursi tapi kepalanya bagaikan kosong. Akhirnya Milah mengambil inisiatif untuk memegang Al-Quran sehingga ke pagi.

Moral of The Story : Jangan berdua-duaan di tengah malam wei! Kene cekup dengan pencegah maksiat baru tahu!!